|
TARIKH/MASA : 20 APRIL 2019 PROGRAM : LATIHAN MICROSOFT POWER POINT LOKASI/TEMPAT :PI KG BELUKAR |
Tujuan
Mendedahkan kepada pelajar Microsoft power point dengan lebih mendalam. Power point merupakan salah satu media untuk menyampaikan presentasi serta menjadi satu-satunya sarana penyampain informasi contohnya prentasi produk /iklan mini,profil perusahaan dan prentasi online. Prentasi semacam ini dapat dapat disertai dengan ilutrasi suara,muzik atau video untuk menarik lagi powerpoint yang dicipta.
Aktiviti
Peserta menyiapkan kerja sekolah power point untuk subjek sejarah. Petugas memberi tunjuk ajar cara membuat power point dengan kemas dan menarik. Pelajar dikehendaki membuat latihan yang diberi menggunakan kreativiti masing-masing. Peserta juga diajar copy paste gambar dalam internet untuk dimasukkan dalam powerpoint.
|
TARIKH/MASA : 12 APRIL 2019 PROGRAM : PROGRAM HARI BERSAMA KG BELUKAR LOKASI/TEMPAT :PI KG BELUKAR |
Tujuan
Mempromosikan pusat internet kepada komuniti dan memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan di pusat internet. selain itu, untuk mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat.
Aktiviti
Mengadakan program hari bersama pusat kg belukar bermula pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti senam aerobik, pertandingan mewarna, pertandingan menggubah tuala, musang berjanggut, tiup belon sampai pecah, berebut kerusi dan cabutan bertuah.program tersebut di rasmikan oleh Wan Hadiyuddin Bin Wan Mahmood(Ketua Pemuda Cawangan Wakaf Bharu)
|
TARIKH/MASA : 11 APRIL 2019 PROGRAM : LATIHAN MICROSOFT WORD- MENGARANG ARTIKEL LOKASI/TEMPAT :PI KG BELUKAR |
Tujuan
Mendedahkan pelajar tentang Fungsi Microsoft word adalah sebagai software pengolah kata sehingga semua pekerjaan yang berhubungan dengan mengolah kata dapat dilakukan dengan mudah dengan bantuan aplikasi-aplikasi didalamnya seperti, untuk membuat surat, membuat table, membuat tulisan yang bervariasi dengan Word Art, memasukkan gambar, membuat dokumen dan masih banyak lagi
Aktiviti
Pelajar diberi taklimat ringkas mengenai aktiviti yang akan dijalankan oleh petugas. Pelajar diberi tugasan mengarang artikel yang bertajuk”kepentingan internet kepada masyarakat” masa yang diberikan selama 2jam. Artikel yang menarik dan kreatif akan dimuat kedalam dashboard komuniti.