NAMA : NUR SOLEHA BINTI MOHD ZAIDI UMUR : 12 TAHUN AHLI PI1M : 2020 |
Latar belakang
Nur Soleha seorang pelajar Sekolah Rendah Wakaf Bharu berumur 12 tahun. Tinggal di Taman Kasturi, Wakaf Bharu. Beliau seorang yang pendiam, lembut dan apabila mengenali beliau seorang yang ramah. Datang ke Pusat Internet Komuniti Kg.Belukar dengan ajakan kawan-kawan. Pertama kali datang beliau hanya mengikuti kawan-kawan yang lain. Berdaftar dengan Pusat Internet pada 30 September 2020 dan terus mengikuti kelas yang dianjurkan oleh petugas PIK. Beliau seorang yang menyabar dalam mempelajari sesuatu
.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini, beliau tidak mahir menggunakan komputer untuk menaip atau menggunakan untuk membuat kerja-kerja lain. Dengan keadaan beliau yang lemah dalam pembelajaran, beliau berusaha dengan lebih giat lagi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas beliau mengikuti kelas yang dianjurkan oleh tenaga pengajar di pusat internet, beliau dapat mengenali komputer dengan lebih baik. Di antara kelas yang pernah dipelajari ialah kelas Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Powerpoint, E-learning, Internet, membuat video dan banyak lagi.