NAMA : NUR INTAN SHAMSUDIANA UMUR : 17 TAHUN AHLI PI1M : 13/02/2015 |
Latar belakang
Nor Intan Shamsudiana mula menjalankan perniagaan pada tahun 2020 secara kecil-kecilan. Beliau tinggal di Taman Kasturi, Wakaf Bharu dan sekarang masih bersekolah di Sekolah Menengah Wakaf Bharu di tingkatan 5.Beliau merupakan anak kedua daripada 3 orang adik-beradik. Antara produk jualan ialah Pakaian (Baju, Seluar) dan Produk Kosmetik.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini beliau tidak mempunyai asas komputer.dan jarang mendapat pendedahan tentang komputer. Apabila menyedari kewujudan Pusat Internet Komuniti Kg.Belukar pada tahun 2015, beliau mengambil peluang untuk bertanyakan berkenaan latihan ada di Pusat Internet Komuniti Kg Belukar. Petugas yang bertugas memaklumkan bahawa PIK memang ada menawarkan latihan ICT secara percuma kepada para ahlinya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatan beliau di PIK, beliau datang untuk mengikuti kursus komputer. Beliau juga selalu menyertai program-program yang dianjurkan oleh PIK Kg.Belukar. Beliau berjinak-jinak dengan perniagaan pada awal tahun 2020.Pada awal tahun 2021, beliau membuat promosi melalui media sosial iaitu Instagram. Banyak pesanan yang yang diterima melalui online dan kawan-kawan sekolah.