TARIKH : 16 MAC 2025
PROGRAM : DILEA-WEBINAR BAHASA INGGERIS BERKALA
TEMPAT :NADI KG BELUKAR
Tujuan:
- Memberi pendedahan kepada pelajar Tingkatan 4 mengenai teknik menjawab soalan Bahasa Inggeris dengan berkesan.
- Meningkatkan kefahaman pelajar tentang format baharu peperiksaan Bahasa Inggeris.
- Memotivasikan pelajar untuk menguasai kemahiran bahasa seperti penulisan, pemahaman, dan komunikasi.
AKTIVITI
Program dimulakan dengan sesi pengenalan dan taklimat ringkas, di mana wakil daripada pihak penganjur memberikan ucapan alu-aluan dan memperkenalkan objektif program kepada para peserta. cikgu turut diperkenalkan bersama latar belakang dan kepakarannya dalam bidang pengajaran Bahasa Inggeris. Seterusnya, webinar diteruskan dengan slot teknik menjawab soalan bahagian penulisan (Writing), di mana pelajar didedahkan kepada format soalan, cara membina struktur karangan yang baik, serta penggunaan kosa kata dan tatabahasa yang tepat.