mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI BULAN JUN 2025

📅 Tarikh: 13 Jun 2025 (Jumaat)

TUJUAN

  1. Meningkatkan kesedaran peserta tentang kepentingan melindungi identiti digital dalam dunia siber yang semakin mencabar.
  2. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai ancaman keselamatan digital seperti kecurian maklumat peribadi, penipuan dalam talian dan pencerobohan akaun.
  3. Mendidik peserta tentang langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil untuk melindungi data dan maklumat peribadi di internet.

AKTIVITI

  1. Sesi Pengenalan dan Taklimat Keselamatan Siber
    • Pengenalan kepada topik keselamatan siber dan kepentingan perlindungan identiti digital.
    • Disampaikan oleh penceramah jemputan yang berpengalaman dalam bidang keselamatan siber.
  2.  Ancaman Siber dan Realiti Semasa
    • Kupasan tentang jenis-jenis serangan digital seperti phishing, malware, scam, dan kebocoran data.
    • Contoh kes sebenar dan statistik terkini dikongsikan untuk memberikan gambaran jelas kepada peserta.