mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI BULAN SEPTEMBER 2025

TARIKH: 6 SEPTEMBER 2025

MASA: 10.00 PAGI – 4.00 PETANG

TUJUAN AKTIVITI

  • Menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat setempat sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
  • Mengeratkan silaturahim antara komuniti melalui pelbagai aktiviti yang santai dan bermanfaat.
  • Memberi peluang kepada masyarakat untuk menyertai aktiviti berunsurkan pendidikan, kesihatan, kreativiti dan hiburan.
  • Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kesihatan dan menggalakkan gaya hidup sihat melalui pemeriksaan saringan kesihatan.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

  • Pendaftaran Ahli NADI – Membuka peluang kepada penduduk untuk mendaftar sebagai ahli.
  • Pertandingan Mewarna Kanak-kanak – Aktiviti khas untuk menarik minat kanak-kanak.
  • Pertandingan Menghias Kek Sempena Merdeka – Aktiviti bakat dan kreativiti.
  • E-Sukan – Pertandingan permainan digital untuk golongan remaja dan belia.
  • Kuiz Kemerdekaan – Menguji pengetahuan peserta tentang sejarah dan makna kemerdekaan.
  • Saringan Kesihatan – Pemeriksaan kesihatan asas untuk komuniti.