|
NAMA :SITI NABILA BINTI MOHD BAKRI UMUR : 20 TAHUN AHLI PI1M : 2014 |
Latar belakang
Siti Nabila seorang yang pemalu dan peramah ialah seorang pelajar Sekolah Menengah Mahmud Mahyudin Pasir Pekan. Beliau telah menamatkan pelajaran peringkat sekolah menengah pada tahun lepas dan mendapat sijil STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) dengan keputusan yang memberangsangkan.Beliau bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini beliau tidak mahir menggunakan perkakasan komputer dan microsoft office dengan mahir.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Saya sering mengikuti kelas yang dianjurkan oleh tenaga pengajar di pusat internet. Di antara kelas yang pernah saya pelajari ialah kelas Microsoft Word, Microsoft Excel, E-learning, kelas Latihan Intel Entrepreneurs Basic dan Intel Learn Easy Steps dan sebagainya. Dengan ada pusat internet 1 malaysia banyak ilmu dan pengetahuan yang berguna saya perolehi. Ini membuatkan saya teruja untuk menyertai sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh pihat pi1m untuk memantapkan kemahiran saya dalam ict.