mcmc
Kisah Kejayaan

USAHAWAN (SUKU KEDUA 2017)- NUR ISAM BIN MOHD RANZI

NAMA         : NUR ISAM BIN MOHD RANZI

UMUR        : 21 TAHUN

AHLI PI1M : 2017

 

Latar belakang

Seorang pelajar yang mempunyai diploma agro bisnes di kolej professional mara (KPTM). Anak ketiga dari 8 orang aktif berniaga online. Bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Berniaga ini merupakan minat sejak di bangku sekolah lagi. Dahulu menjual untuk kenalan rapat sahaja kini lebih meluas melalui teknologi sekarang. Beliau aktif memasarkan produk  di lamen web perniagaan shopee. Hasil jualan mencecah 40 kotak sebulan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Seorang rakan beliau telah memperkenalkan Pi1m kepada beliau. Sebelum ini beliau kurang pengetahuan luas mengenai pasal usahawan dan capai internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan usahawan yang dijalankan beliau lebih berkeyakinan tinggi untuk memperluaskan produk beliau. Setiap minggu beliau tidak akan ketinggalan untuk menghadiri kelas computer. Kelas yang telah dihadiri oleh beliau ialah kelas usahawan,Microsoft Word, Excel, Powerpoint, Publisher, Paint , Adobe photoshop .Selain itu, kelas online seperti membuat emel dan blog.