NAMA : MUHD HAFIZ BIN NOR ANWAR UMUR : 14 TAHUN AHLI PI1M : 2015 |
Latar belakang
Adik Muhd Hafiz sering datang ke pusat internet kerana rumah beliau berdekatan dengan pusat internet. Walaupun keluarga beliau kurang berada tetapi beliau dapat memanafaatkan pusat internet yang ada ini dengan lebih baik. Dengan pendaftaran ahli, beliau dapat menggunakan komputer secara percuma selama 1 jam. Beliau seorang yang lembam dalam pembelajaran.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini, beliau tidak mahir menggunakan komputer untuk menaip atau menggunakan untuk membuat kerja-kerja lain. Dengan keadaan beliau yang lemah dalam pembelajaran, beliau berusaha dengan lebih giat lagi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas beliau mengikuti kelas yang dianjurkan oleh tenaga pengajar di pusat internet, beliau dapat mengenali komputer dan membuat kerja sekolah dengan lebih baik. Di antara kelas yang pernah dipelajari ialah kelas Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Powerpoint, E-learning, Internet, membuat video dan banyak lagi. Seringkali juga terlibat dapat program yang dianjurkan contohnya kuiz-kuiz, pertandingan mewarna dan sebagainya.