mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT (SUKU KEEMPAT 2017)- MUHD HAFIZ BIN ANUAR

NAMA         : MUHD HAFIZ BIN ANUAR

UMUR        : 11 TAHUN

AHLI PI1M : 2015

 

Latar belakang

Muhd Hafiz merupakan anak kedua dari tiga adik – beradik. Merupakan pelajar yang lembam dalam pembelajaran. Beliau sering datang ke pi1m untuk mengikuti kelas yang diadakan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau tidak pernah mengenali komputer dan alat-alat berkaitan dengannya dan kurang pendedahan dalam pengkomuteran. Beliau tidak didedahkan dengan teknologi yang ada.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan wujudnya pusat internet 1 malaysia di Kg.Belukar Hafiz seorang yang rendah diri dan kurang upaya dalam pembelajaran sering menyertai kelas dan juga program yang diadakan. Kelas yang disertai  adalah seperti  kelas Microsoft Word, Microsoft Excel, E-learning dan banyak lagi. Sekarang beliau mahir menggunakan komputer untuk menaip dan mencari maklumat di internet.