mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT (SUKU KETIGA 2020)- ARYANI AB.RAHMAN

NAMA         : ARYANI  AB.RAHMAN

UMUR        : 48 TAHUN

AHLI PI1M : 2019

 

Latar belakang

Aryani datang ke Pusat Internet Kg.Belukar kerana untuk menimba ilmu ict daripada petugas Pusat Internet. Mula mendaftar sebagai ahli PI pada bulan Oktober 2019. Datang kelas bersama rakan-rakannya, mempunyai kesungguhan dalam mempelajari sesuatu ilmu.Mempunyai kesungguhan dalam mempelajari sesuatu ilmu.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, beliau tidak mahir menggunakan komputer untuk menaip atau menggunakan untuk membuat kerja-kerja lain.  Dengan keadaan beliau yang lemah dalam pembelajaran, beliau berusaha dengan lebih giat lagi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau mengikuti kelas yang dianjurkan oleh tenaga pengajar di pusat internet, beliau dapat mengenali komputer dengan lebih baik. Di antara kelas yang pernah dipelajari ialah kelas Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Powerpoint, E-learning, Internet, membuat video dan banyak lagi.