mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT (SUKU PERTAMA 2021)- MOHAMAD AMIRUL HAFIZ BIN MOHD NASIR

NAMA         : MOHAMAD AMIRUL HAFIZ BIN MOHD NASIR

UMUR        : 17 TAHUN

AHLI PI1M : 06 /04 /2019

 

Latar belakang

Amirul hafiz  seorang pelajar  Sekolah Rendah Wakaf Bharu berumur 12 tahun. Tinggal di Taman Kasturi, Wakaf Bharu. Beliau seorang yang ceria,suka berkawan dan disegani oleh kawan-kawan. Datang ke Pusat Internet Komuniti Kg.Belukar dengan ajakan kawan-kawan. Pertama kali datang beliau hanya mengikuti kawan-kawan yang lain. Berdaftar dengan Pusat Internet pada 6 April 2019  dan terus mengikuti kelas yang dianjurkan oleh petugas PIK. Beliau seorang yang tidak berputus asas dalam mempelajari sesuatu benda baru.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, beliau tidak mahir menggunakan komputer untuk menaip atau menggunakan untuk membuat kerja-kerja lain.  Dengan keadaan beliau yang lemah dalam pembelajaran, beliau berusaha dengan lebih giat lagi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau mengikuti kelas yang dianjurkan oleh tenaga pengajar di pusat internet, beliau dapat mengenali komputer dengan lebih baik. Di antara kelas yang pernah dipelajari ialah kelas Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Powerpoint, E-learning, Internet, membuat video dan banyak lagi.