mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT (SUKU KEDUA 2017)- SITI NABILA BINTI MOHD BAKRI

NAMA         :SITI NABILA BINTI MOHD BAKRI

UMUR        : 20 TAHUN

AHLI PI1M : 2014

 

Latar belakang

Siti Nabila seorang yang pemalu dan peramah ialah seorang pelajar Sekolah Menengah Mahmud Mahyudin Pasir Pekan. Beliau telah menamatkan pelajaran peringkat sekolah menengah pada tahun lepas dan mendapat sijil STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) dengan keputusan yang memberangsangkan.Beliau bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau tidak mahir menggunakan perkakasan komputer dan microsoft office  dengan mahir.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Saya sering mengikuti kelas yang dianjurkan oleh tenaga pengajar di pusat internet. Di antara kelas yang pernah saya pelajari ialah kelas Microsoft Word, Microsoft Excel, E-learning, kelas Latihan Intel Entrepreneurs Basic dan Intel Learn Easy Steps dan sebagainya. Dengan ada pusat internet 1 malaysia banyak ilmu dan pengetahuan yang berguna saya perolehi. Ini membuatkan saya teruja untuk menyertai sebarang aktiviti  yang di anjurkan oleh pihat pi1m untuk memantapkan kemahiran saya dalam ict.