JKKK PI BELUKAR
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK) merupakan satu institusi pentadbiran yang diberi pengiktirafan oleh kerajaan negeri untuk membantu dalam pentadbiran kampung. Justeru, JKKK memainkan peranan penting sebagai badan perancang penentuan strategi dan pelaksanaan program atau projek pembangunan di dalam kampung. Selain itu, JKKK turut menjadi satu badan penggerak dan berupaya menggembleng tenaga, sumber pembangunan di peringkat kampung bagi tujuan mempertingkatkan lagi daya pengeluaran. Justeru, pelbagai aktiviti telah direncanakan bagi merealisasikan misi sebenar JKKK.
Antara aktiviti yang sering diadakan ialah aktiviti kemasyarakatan, keagamaan dan sebagainya. Aktiviti ini antara lain turut bertujuan melahirkan sebuah masyarakat yang proaktif dan berdaya saing . Di samping itu, kawalan keselamatan seperti rondaan malam secara berkala turut dilakukan yang melibatkan penyertaan semua penduduk. Ini kerana setiap anggota masyarakat mempunyai peranan tertentu dalam komunitinya dan ia perlu dilaksanakan agar keharmonian hidup bersama dapat dikekalkan dan dinikmati oleh segenap anggota masyarakat.Projek yang dilaksanakan seperti membaiki jalan raya , bantuan hari raya dan fakir miskin.
CARTA ORGANISASI
AHLI PARLIMEN
DATO’ HJ.ABDULLAH BIN MAT NAWI
ADUN KAWASAN
HJ MOHD RUSLI BIN ABDULLAH
PEGAWAI DAERAH
EN ROSNAZLI BIN HAJI AMIN
IMAM/KETUA AGAMA
HJ.MUSTAFA