|
TARIKH/MASA : 8 DISEMBER 2020 PROGRAM : PEMBELJARAN SECARA TALIAN ATAU ONLINE LOKASI/TEMPAT : PI KG BELUKAR |
Tujuan
Pembelajaran online or secara talian mula digunakan seiring dengan perkembangan internet. Istilah pembelajaran online sering dikaitkan dengan istilah-istilah seperti e-pembelajaran (e-learning), pembelajaran jarak jauh (PJJ) dan sebagainya. Pembelajaran online adalah sama seperti pembelajaran biasa yang melibatkan komunikasi antara tenaga pengajar dengan pelajar tetapi yang membezakannya ialah mereka tidak bertemu secara bersemuka malah bertemu melalui ruang maya. Selain itu, penilaian dan pemantauan oleh tenaga pengajar juga dilakukan seperti pembelajaran biasa.
Aktiviti
Pelajar mengakses internet untuk sesi pembelajaran bersama pensyarah. Pelajar mengambil masa selama 2 jam untuk sesi pembelajaran bersama pensyarah beliau. Di samping itu,Pelajar perlu menyusun jadual pembelajaran sendiri, mencari bahan pembelajaran selain yang diberikan oleh pensyarah, menyusun waktu perbincangan bagi tugasan berkumpulan, menentukan tarikh tutup pecahan kerja-kerja tugasan kumpulan supaya boleh dilengkapkan sebelum tarikh tutup tugasan, serta membuat pelbagai keputusan yang memerlukan kemahiran penyelesaian masalah.
|
TARIKH/MASA : 6 DISEMBER 2020 PROGRAM : E-PEMBELAJARAN – KUIZ ONLINE LOKASI/TEMPAT : PI KG BELUKAR |
Tujuan
Untuk menilai pelajar mengikut tahap kefahaman mereka masing-masing dimana mereka diberi kebebasan menjawab kuiz pada bila-bila masa apabila mereka sudah mempunyai tahap kefahaman yang lebih baik bagi sesuatu topik.
Aktiviti
Pelajar diberi tempoh masa yang diberikan kepada pelajar untuk menyelesaikan semua set kuiz adalah dihadkan sehingga sebelum sesi pembelajaran terakhir tamat.