| TAJUK | E-SPORT | ETIKA & SIKAP E-SUKAN |
| TARIKH | 1017 Januari 2026 |
| MASA | 3:00 PM – 4:30 PM |
Tujuan Aktiviti
Etika & Sikap Pemain E-Sukan bertujuan memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan etika, disiplin dan sikap positif semasa bermain e-sukan agar lebih berhemah, bertanggungjawab dan beradab.
Aktiviti Yang Dijalankan
Sepanjang aktiviti dijalankan, para peserta didedahkan dengan penerangan berkaitan etika dan sikap pemain e-sukan melalui video paparan slaid. Peserta diberi penerangan mengenai kepentingan sikap saling menghormati, semangat kesukanan, kawalan emosi serta larangan tingkah laku negatif seperti penggunaan bahasa kasar dan sikap agresif semasa bermain permainan e-sukan.