PROGRAM : SESI WEBINAR ATAS TALIAN SESI 2: PEMASARAN & OPERASI PERNIAGAAN
Tarikh: 14 Ogos 2025 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi – 11.30 pagi
Tempat: NADI Kampung Belukar
Tujuan Aktiviti:
Tujuan utama sesi webinar ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta mengenai strategi pemasaran serta pengurusan operasi perniagaan. Aktiviti ini juga bertujuan membantu usahawan dan peserta memahami konsep pemasaran digital, teknik promosi, serta kaedah menguruskan operasi perniagaan dengan lebih efektif dan sistematik.
Aktiviti yang Dijalankan:
- Pendaftaran Peserta
Peserta mendaftar secara dalam talian sebelum sesi bermula. - Pengenalan Sesi oleh Penceramah
Penceramah memperkenalkan topik berkaitan pemasaran dan operasi perniagaan. - Perkongsian Ilmu
- Penerangan mengenai konsep asas pemasaran.
- Teknik pemasaran digital menggunakan media sosial.
- Strategi operasi perniagaan untuk meningkatkan keberkesanan.
- Sesi Soal Jawab
Peserta diberi peluang mengemukakan soalan berkaitan isu pemasaran dan operasi.