Di kawasan Kg Belukar, tidak terdapat pusat pelancongan yang terdapat di sekitar kawasan ini. Namun dalam kawasan di jajahan Tumpat yang mempunyai beberapa Pusat Pelancongan yang menjadi tarikan pengunjung.
Di antaranya ialah :
Pantai Seri Tujuh
Sumber Gambar :www.mdtumpat.gov.my
Pantai Seri Tujuh menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Antara aktitivi yang boleh dilakukan oleh pengunjung ialah mandi laut, bermain layang-layang dan aktiviti menunggang kereta kuda. Terdapat juga pihak yang menganjurkan festival jualan murah yang mampu menarik pengunjung untuk hadir ke Pantai Seri Tujuh.
PANTAI GENTING
Acara tahunan yang berjaya menarik ribuan pengunjung untuk hadir adalah Pesta Wau Antarabangsa. Pelbagai wakil negara tampil menyertai aktiviti ini. Pelbagai bentuk layang-layang moden dapat dilihat semasa acara berlangsung. Acara terbaru yang diperkenalkan adalah acara wau bercahaya yang mana peserta perlu untuk menaikkan wau atau layang-layang pada waktu malam. Layang-layang tersebut akan dilengkapi dengan lampu yang berwarna-warni yang mampu membuatkan para pengunjung berasa teruja dan terhibur dengan pesta tersebut.