Sekolah Menengah Kebangsaaan Wakaf Bharu, Tumpat Kelantan
Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu terletak di kawasan Wakaf Bharu dan jarak antara Kg.Belukar ialah kira-kira 2 kilometer. Kebanyakan penduduk Kg.Belukar belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu kerana sekolah ini satu- satunya sekolah menengah yang terdekat dengan Kg.Belukar. Sehingga kini, sekolah ini mempunyai 158 pendidik dengan dibantu oleh 19 orang kakitangan sokongan.
Sejarah Sekolah
Sekolah Menengah Wakaf Bharu atau nama asalnya Sekolah Rendah Wakaf Bharu mula diasaskan pada 16 april 1981. Pada peringkat permulaannya pelajar yang belajar di sini didatangkan terus dari SMK Mahmud Mahyidin, Pasir Pekan. Mereka terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2 yang tinggal di sekitar Wakaf Bharu dan kampong berdekatan. Jumlah pelajar pada peringkat awal penubuhannya ialah seramai 421 orang. Pengetua pertama ialah Tuan Haji Husin b Salleh.
Tarikh Pembukaan
16 April 1981
Alamat
Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu,
16250 Wakaf Bharu,
Kelantan.
Sumber: Majalah Sekolah( Wakaf Edisi 21)
Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu
Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bhari ini terletak di dalam kawasan Bandar Wakaf Bharu. Sekolah ini . Kebanyakan pelajar di sekolah ini datang dari segenap kampung yang terdekat. Pada tahun 2011 terdapat 432 pelajar lelaki dan 439 orang pelajar Perempuan telah mendaftar di sekolah ini. Jumlah keseluruhan 871 orang pelajar.Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu telah dianugerahkan sebagai sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2010. Sekolah ini dikategorikan sebagai ‘Sekolah Kluster’ kerana tahap kecemerlangan yang telah ditunjukkan oleh murid-muridnya.