Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam.
Pelaksanaan program ini sudah berada di Fasa Pertama yang mana ianya berlangsung dari1 September – 30 November 2016 serentak di seluruh Malaysia.
Program ini turut mendapat kerjasama dari komuniti pereka grafik terbesar di Malaysia “Grafik Malaya” (GM).
Maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh dilayari di pautan berikut:http://www.dakwahdigitalkdb.my
