Pusat Internet 1Malaysia Kg Belukar telah dirasmikan pada 7 April 2014 oleh Datok Haji Rosdi Abdul Aziz. Ia terletak bersebelahan bangunan pejabat TNB Kg Belukar Kubang Batang. Pusat Internet 1 Malaysia Kg Belukar tergolong dalam kelompak Fasa 4 ia dilaksanakaoleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia ™ dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd.2 orang petugas bertanggungjawab untuk mengurus Pi1m Kg Belukar iaitu pengurus dan penolong pengurus.Terdapat 10 buah PC awam dan sebuah kiosk disediakan untuk pengunjung dan 10 buah PC lagi ditempatkan di bilik latihan. Di antara program dan aktiviti kami lakukan setiap bulan adalahIntel Learn Program, Latihan 1Malaysia, 1Citizen, Bengkel E-Learning, Klik Dengan Bijak (KDB) dan lain-lain.Kami berharap dengan wujudnya Pusat Internet 1 Malaysia Kg.Belukar dapat memberi manfaat kepada pengguna dan menjadikan pengguna celik IT dalam dunia yang penuh canggih.
Di negeri Kelantan terdapat 33 buah Pi1M yang di sokong oleh Telekom Malaysia(TM) dan terbahagi kepada beberapa Fasa iaitu :
Fasa 1:Rintis(Pi1MPulau Chondong)
Fasa 2:Exchange(Pi1MKampung Pahi,Palekbang,Batu Melintang,Ayer Lanas,Felda Chiku 3,Jeli,Gua Musang,Pengkalan Kubor,Bertam,Pekan Jelawat,Kg Terbok,Mengkebang,Beris Kubu Besar,Melawi,Dabong,Bukit TiudanPanyit)
Fasa 4:Telephony(Pi1M Kampung Renyut,Kampung Wakaf Aik,KG BELUKAR, Kampung Kesedar(Paloh 1),Kampung Tunku Abdul Rahman Putra, dan Kampung Kesedar Sg Asap).
Fasa 5:CBL Enhancement(Pi1M Kandis,Gunong,Mahligai,Kampung Kemasin,Kuala Gris,Taman Kesedar Jayadan Bandar Baru Bukit Bunga)

