|
NAMA : NUR FADHILAH BINTI MAHMUD UMUR : 19 TAHUN AHLI PI1M : 2018 |
Latar belakang
Nur fadhilah bekas pelajar STAM bakal melanjutkan pelajaran di peringkat universiti. Beliau seorang yang ceria dan lemah lembut sering datang ke pim untuk belajar komputer dan menyiapkan dokumen pelajaran.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Fadhilah suka menggunakan komputer dan melayari Internet. Sebelum kewujudan PiM, pencarian maklumat kerja berkaitan pengajian atau tugasan sekolah beliau agak terhad. Beliau perlu berkunjung ke cyber café yang terletak di pekan dalam jarak 10km setiap kali perlu mencari maklumat dan menyiapkan tugasan sekolah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Penubuhan Pusat Internet Malysia di Kampung Belukar memberi peluang kepada beliau mendekatkan diri dengan dunia teknologi maklumat. Kos perkhidmatan yang murah selain latihan percuma yang diberikan banyak membantu beliau meningkatkan kemahiran komputer dan teknologi Di antara kelas yang pernah saya pelajari ialah kelas Microsoft Word, Microsoft Excel, E-learning, kelas Latihan Intel Entrepreneurs Basic dan Intel Learn Easy Steps dan banyak lagi.