mcmc
Kisah Kejayaan

USAHAWAN (SUKU KEDUA 2020)- ISMALIA BINTI ISMAIL

NAMA         : ISMALIA BINTI ISMAIL

UMUR        : 19 TAHUN

AHLI PI1M : 2018

 

Latar belakang

Ismalia Binti Ismail seorang pelajar lepasan SPM yang menjalankan perniagaan secara online. Beliau berjinak-jinak dalam perniagaan bermula tahun 2019. Permintaan sangat menggalakkan daripada orang ramai. Pada mulanya beliau mula berniaga kepada orang terdekat dan di sekitar kampung sahaja, setelah mendapat permintaan beliau memulakan secara online.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, beliau tidak mempunyai asas komputer.dan jarang mendapat pendedahan tentang komputer. Apabila menyedari kewujudan Pusat Internet, beliau mengambil peluang untuk bertanyakan berkenaan latihan ada disediakan di Pi Kg Belukar. Petugas yang bertugas memaklumkan bahawa PI memang ada menawarkan latihan ICT secara percuma kepada para ahlinya. Beliau telah diajar berkaitan Microsoft Word, membuat akaun email dan juga Facebook.  

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau di pi, beliau sering datang ke pi bagi menambahbaik produk. Permintaan pun semakin meningkat kerana sering mengadakan promosi melalui online.