mcmc
Kisah Kejayaan

USAHAWAN (SUKU KEEMPAT 2020)- NURUL SYAZREENA BINTI AHMAD RUZAILI

NAMA         : NURUL SYAZREENA BINTI AHMAD RUZAILI

UMUR        : 16 TAHUN

AHLI PI1M : 2016

 

Latar belakang

Nurul Syazreena merupakan pelajar sekolah Kolej Vokasional Pengkala Chepa dan merupakan anak keempat dari enam adik beradik sering datang ke PIK Kg.Belukar untuk mempelajari komputer  dan menyiapkan kerja sekolah. Beliau berjina-jinak dalam meniaga online pada tahun 2019 lagi sehingga kini. Antara jualan yang dijual ialah,barang kecantikan seperti,lipmate,blusher,bedak compact,toner penanggal daki,mask dan lain-lain. Beliau menjual untuk mendapat sumber pendapatan sampingan ketika belajar..

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau tidak  mempunyai asas komputer.dan jarang mendapat pendedahan tentang komputer. Apabila menyedari kewujudan Pusat Internet, beliau mengambil peluang untuk bertanyakan berkenaan latihan ada tersedia di Pi Kg Belukar. Petugas yang bertugas memaklumkan bahawa PIK Kg.Belukar memang ada menawarkan latihan ICT secara percuma kepada para ahlinya. Beliau telah diajar berkaitan shopee dan membuat akaun gmail.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau di PIK Kg.Belukar, beliau datang untuk mengikuti kursus komputer dan menyiapkan kerjanya.