mcmc
Kisah Kejayaan

USAHAWAN (SUKU KETIGA 2019)- ZULKIFLI BIN ABDULLAH @ RAMLI

NAMA         : ZULKIFLI BIN ABDULLAH @ RAMLI  

UMUR        : 39 TAHUN

AHLI PI1M : 2018

 

Latar belakang

Zulkifli mula berjinak-jinak dalam perniagaan pada awal tahun 2017.Permulaan hanya menjual perfume sprays dan roller aura kasturi kini siti menambah produk menjual sabun naura shifa untuk muka. Isteri beliau merupakan kekuatan utama dan memberi semangat untuk meniaga secara langsung dan tidak langsung. Hasil titik peluh kini beliau produk berkembang dan di kenali seluruh Malaysia.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas dan latihan keusahawan di PI beliau sering ke Pi untuk mencari maklumat .Pernah mengikuti latihan keusahawanan di pi dari kelas tersebut beliau berminat untuk meniaga online untuk mendapat duit sampingan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering mengunjungi pusat internet untuk mencari maklumat melalui internet. Beliau juga telah menyertai kelas Latihan Intel Entrepreneurs Basic dan Intel Learn Easy Steps. Dikelas itu,beliau diajar cara pemasaran dan teknik-teknik usahawan. Petugas turut membimbing cara pengiklanan di fb page dan Myshop pi.