mcmc
Kisah Kejayaan

USAHAWAN (SUKU PERTAMA 2019)-SITI ZULAIHAT BINTI ABDUL RAHIM

NAMA         : SITI ZULAIHAT BINTI ABDUL RAHIM

UMUR        : 25 TAHUN

AHLI PI1M : 2018

 

Latar belakang

Seorang pelajar lepasan diploma dan berjinak dalam peniagaan online perfume viral sejak awal tahun 2018 sebagai pendapatan sampingan. Pelbagai jenis perfume lelaki dan perempuan  yang di jual oleh zulaihat seperti Vip men,Hugo boss,Vanilla, Scent,Flora Gucci,Fantasy,Curious dan lain-lain. Beliau mempromosi produk dalam facebook,aplikasi whattsap, intagram,dashboard. Harga yang ditawarkan adalah berpatutan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, saya tiada langsung ilmu dan kemahiran berkaitan komputer dan Internet. Apabila menyedari kewujudan Pusat Internet, saya mengambil peluang untuk bertanyakan berkenaan latihan ada tersedia di Pi Kg Belukar. Petugas yang bertugas memaklumkan bahawa Pi memang ada menawarkan latihan ICT secara percuma kepada para ahlinya. Saya telah mendaftar sebagai ahli dan telah menghadiri beberapa sesi kelas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menyertai kelas usahawan yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg Belukar.Melalui kelas tersebut usahawan beliau mempelajari teknik-teknik pemasaran dan media sosial.