|
NAMA : MAS AFIQAH BINTI AZMAN UMUR : 21 TAHUN AHLI PI1M : 2013 |
Latar belakang
Seorang anak sulung dari 6 adik beradik dan juga merupakan pelajar stpm dan bercita-cita tinggi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Namun,sambil belajar beliau juga aktif meniaga online sering juga mempromosi kepada kawan sekolah dan kenalan rapat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas dan latihan keusahawan di PI1M beliau sering ke Pi1M untuk mencari maklumat dan menggulang kaji pelajaran dengan rakan-rakan.Pernah mengikuti latihan keusahawanan di pi1m tetapi kurang berminat dengan perniagaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau sering mengunjungi pusat internet 1 malaysia untuk mencari maklumat dan mengulang kaji pelajaran melalui internet. Beliau juga telah menyertai kelas Latihan Intel Entrepreneurs Basic dan Intel Learn Easy Steps. Dikelas itu,beliau diajar cara pemasaran dan teknik-teknik usahawan. Dari situ,beliau tercetus idea untuk menjual murtabak meggi dan roti jala. Petugas turut membimbing cara pengiklanan di fb page dan Myshop pi1m.